Ini ialah siri cerpen romantik bersiri tentang Alya & Faris — dua sahabat yang menyimpan rahsia yang tak pernah mereka berani sebut. Episod dikemaskini setiap minggu.
Episod
ToggleEpisod 1 — Di Bawah Pokok Jambu
Hujan selalu jadi bahasa rahsia antara Alya dan Faris.
Sejak kecil lagi, setiap kali langit gelap, mereka pasti ditemui di bawah pokok jambu belakang rumah Faris — tempat yang menjadi saksi kepada gelak mereka, gaduh kecil mereka, dan sumpah-sumpah bodoh yang hanya budak kecil percaya.
Hari ini, hujan renyai turun macam kenangan lama yang tak reti hilang.
Alya berdiri di bawah bumbung wakaf kecil di kolej, memerhati hujan yang jatuh satu-satu. Rambutnya sedikit kerinting di hujung, pipinya merah sebab angin sejuk. Dia menggigil sikit.
“Kenapa kau selalu macam anak ayam kalau hujan?”
Suara itu datang dari belakang.
Faris.
Dia muncul dengan hoodie hitam, rambut basah sedikit, dan cara jalan yang Alya hafal sejak umur tujuh tahun. Alya senyum kecil, tapi matanya automatik lari ke tempat lain — tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, dia susah nak pandang Faris lama-lama.
Mungkin sebab jantung dia selalu rosak bila buat macam tu.
“Bukan aku anak ayam. Angin kuat je,” jawab Alya sambil peluk tubuh.
Faris mendekat, dan tanpa tanya, dia letakkan hoodie basahnya di bahu Alya.
Jari Faris singgah di tengkuk Alya — hangat.
Alya tak bernafas sekejap.
“Kau sejuk,” katanya perlahan.
Nada itu lain… bukan nada kawan.
Lebih tebal… lebih rendah… lebih dekat.
Alya berpura-pura tak perasan.
“Hujan macam ni… buat aku teringat zaman kita kecik,” Faris sambung, tangan masih di bahu Alya, seolah-olah dia lupa nak lepaskan.
Alya gelak kecil. “Zaman yang kau suka kacau aku tu?”
Faris tunduk sedikit, wajahnya hampir sejengkal saja dari Alya.
Dia senyum — senyum nakal yang Alya benci sebab selalu buat dia berdebar.
“Aku kacau sebab kau comel,” katanya selamba.
Jantung Alya terhenti.
Dia tak pasti sama ada Faris bergurau…
atau Faris dah lama tahu dia boleh buat Alya hilang fokus hanya dengan satu ayat.
Hujan renyai jatuh perlahan, tapi debaran Alya makin laju.
“Faris…”
Alya nak bersuara, tapi suara itu hilang di kerongkong.
Faris perasan. Dia tunduk sedikit lagi.
Alya boleh rasa hembusan nafas dia di pipi.
“Kau kenapa?” Alya cuba berlagak biasa.
Faris hanya pandang… lama… macam dia cari sesuatu dalam mata Alya.
“Tengok kau macam ni… aku rasa macam…”
Dia berhenti. Nafasnya sedikit bergetar.
Alya menelan air liur. “Macam apa?”
Faris senyum perlahan, senyum yang buat perut Alya rasa macam benang ditarik dari dalam.
“Macam aku kena ingatkan diri…
yang kau masih kawan aku.”
Kata-kata itu jatuh perlahan…
lebih berat daripada bunyi hujan.
Alya terdiam.
Faris akhirnya lepaskan hoodie di bahunya — perlahan, seolah-olah takut sentuhan itu hilang terlalu cepat.
“Kita balik,” katanya. “Hujan makin lebat.”
Tapi sebelum dia melangkah keluar…
Dia sempat pandang Alya sekali lagi.
Pandangan yang buat Alya rasa…
ini baru permulaan.
Episod 2 — Jarak Kita Semakin Pendek
Hari Isnin selalu sibuk, tapi pagi ini Alya rasa pelik — rasa yang dia tak nak akui.
Sejak insiden hujan semalam, kata-kata Faris masih bergema dalam kepala.
“Macam aku kena ingatkan diri…
yang kau masih kawan aku.”
Alya benci cara ayat itu buat hatinya panas dan sejuk dalam masa yang sama.
Dalam kelas, Alya cuba fokus, tapi tak boleh.
Pensyarah bercakap, dia dengar separuh saja.
Separuh lagi sibuk ingat cara Faris pandang pipinya.
Saat kelas tamat, Alya kemas barang cepat-cepat — harap Faris tak muncul.
Tapi macam biasa…
dia memang muncul.
“Balik sorang?”
Faris muncul sambil sandar pada pintu, tangan dalam poket, senyum nipis yang menyakitkan hati Alya.
“Ye lah. Kau tak payah ikut. Aku okay.”
Faris mendekat dua langkah.
Alya berundur… satu langkah.
“Habis kalau aku nak ikut?” soalnya.
Nada dia lembut tapi ada sesuatu… seperti dia menguji sempadan.
Mata dia turun ke bibir Alya — sekejap saja, tapi cukup untuk membuat Alya rasa macam dunia berhenti.
“Faris.” Alya tarik nafas. “Jangan buat macam semalam tu… satu benda besar.”
“Aku tak buat apa pun,” dia kata sambil senyum kecil.
Alya menjeling. “Kau hampir…”
Dia terhenti.
Tak sanggup sambung.
Faris mendekat lagi.
Sangat dekat.
Sampai Alya boleh rasa dada Faris naik turun.
“Hampir apa, Alya?”
Bisikan itu buat lutut Alya hampir longgar.
Dia menelan air liur, mata kelip-kelip — dia tak tahu kenapa Faris buat dia macam ni.
Sejak bila Faris pandai… “bahaya”?
Alya berpaling, cuba lari dari situasi.
Tapi Faris cepat.
Dia pegang pergelangan tangan Alya — lembut, tapi cukup untuk buat Alya berhenti.
“Nah,” dia hulurkan sesuatu.
Alya tengok.
Satu bungkusan kecil.
“Apa ni?”
“Air kotak strawberi. Kau suka kan?”
Faris sengih.
Alya terkedu.
Hatinya jatuh dari tingkat tujuh ke lantai.
“Aku tak lupa benda macam tu,” Faris berkata sambil garu tengkuk.
“Walaupun kau selalu lupa barang aku.”
Alya rasa dada dia panas.
Macam ada tangan tarik jantungnya ke depan.
“Terima kasih,” katanya perlahan.
Faris tunduk sedikit, seolah dia puas lihat Alya malu.
“Tapi… Alya.”
Nada Faris berubah, lebih perlahan, lebih dekat.
“Pasal semalam tu…”
Alya kaku.
“Aku—”
Belum sempat dia habiskan ayat, pintu kelas terbuka kuat.
Kawan-kawan mereka masuk sambil bising.
Alya cepat lepaskan tangan Faris, pura-pura sibuk kemas buku.
Faris tak cakap apa-apa.
Dia cuma pandang, bibirnya naik sedikit — seolah-olah dia suka tengok Alya panik.
Dan sebelum keluar…
Faris sempat bisik, rapat di telinga Alya:
“Jarak kita… makin pendek, kan?”
Alya terdiam.
Dia tak boleh nafas.
Faris tinggalkan bilik itu dengan senyuman yang sangat dia ingin benci…
tapi tak mampu.
Episod 3 — Hujan, Rambut Basah & Degup Yang Tak Disebut
Hujan turun tiba-tiba masa mereka keluar dari kafe. Orang lain lari mencari tempat berteduh, tapi Faris tarik tangan Alya dan bawa dia ke bawah bumbung kecil berhampiran padang.
Alya basah sedikit — rambutnya melekat di pipi.
Faris pandang lama… terlalu lama.
“Kau basah,” katanya perlahan.
Alya nak balas sinis, tapi dia tak sempat.
Faris angkat tangannya, dan dengan dua jari, dia betulkan rambut yang melekat di pipi Alya… perlahan… mendekat lebih dari perlu.
Sentuhan itu halus, tapi Alya rasa satu getaran naik dari tengkuk sampai tulang belakang.
“Faris…”
Nada Alya tercarik.
“Hmm?”
Faris tak berhenti. Jari dia turun sedikit dari pipi ke garis rahang Alya.
“Kenapa?”
“H-helah apa ni?”
Faris senyum kecil. Senyum yang Alya dah kenal sejak kecil — tandanya dia sengaja.
Tandanya dia nak Alya sedar sesuatu.
“Bukan helah.”
Dia tarik tangan, tapi mata tetap pada Alya.
“Aku cuma suka tengok kau macam ni. Waktu hujan.”
Alya rasa dada ketat — bukan sakit, tapi sesuatu yang manis sangat.
“Kau tak patut cakap benda macam tu.”
“Kenapa?” Faris dekat setengah langkah.
“Tak salah kan kalau aku cakap apa aku rasa?”
Alya tunduk, jantung macam nak putus.
“Faris… jangan buat aku fikir bukan-bukan.”
Dia ketawa perlahan, suara rendah — suara yang Alya rasa dekat di telinga.
“Kalau benda tu memang bukan-bukan…”
Alya pandang dia — dan menyesal sebab nafkah dia hilang sekejap.
“…kau nak aku berhenti?”
Alya nak jawab “ya”.
Tapi bila mata Faris turun ke bibirnya… jawapannya hilang.
Dia hanya mampu bisik:
“Jangan dekat sangat…”
Faris senyum, tapi dia tetap dekat.
“Sebab tu aku nak dekat.”
Hujan turun lebih lebat.
Tapi dunia Alya rasa senyap.
Hanya suara degup jantung sendiri yang kedengaran.
Episod 4 — Jaket, Bau Faris & Detik Yang Terlajak Lama
Dalam perjalanan balik, angin sejuk buat Alya menggigil.
Faris nampak.
Tanpa kata, dia tarik Alya ke arah keretanya.
Pintu dibuka. Alya masuk.
Faris duduk di tempat pemandu…
tapi sebelum hidupkan enjin, dia buka hoodie dirinya sendiri.
“Pakai.”
“Aku okay—”
“Alya,” nada dia tegas, tapi lembut.
“Pakai.”
Alya ambil.
Bila dia sarung… bau Faris masuk terus dalam dada: bau maskulin, sedikit sabun lelaki, sedikit hujan — kombinasi yang tak sepatutnya buat dia rasa selembut ini.
Faris perasan pipi Alya merah.
“Selesa?”
Alya nak elak.
“Terlalu besar.”
Faris sengih. “Memang pun. Aku suka bila kau pakai benda aku.”
Alya menoleh perlahan. “Faris, stop.”
Dia tak stop.
Dengan jari, dia tarik sedikit zip hoodie itu — bukan buka, tapi rapatkan — perlahan, seolah dia menyesuaikan baju itu pada Alya.
“Tengok aku,” katanya lembut.
Alya ikut —
dan saat itu…
mereka berdua lupa dunia.
Jarak terlalu dekat.
Pernafasan terlalu sama.
Mata Faris terlalu… berani.
“Alya…” suara dia turun separuh oktav.
“Hm?”
“Aku suka bila kau dekat.”
Kali ini Alya tunduk.
Dia tak boleh tahan.
Faris ketawa perlahan.
“Eh, jangan malu cepat sangat.”
Dia hidupkan enjin.
Tapi sebelum kereta bergerak…
dia sempat sentuh pipi Alya — bukan lama, tapi cukup untuk buat Alya rasa satu malam tak tidur.
Episod 5 — Study Session Yang Bukan Sekadar Study
Alya datang ke bilik Faris untuk study.
Itu memang rutin mereka.
Tapi hari ini…
rutin itu jadi sesuatu yang lain.
Faris duduk di sebelah Alya.
Dekat — sangat dekat.
“Rapat sikit, lampu ni tak kena,” katanya.
Padahal lampu tu okay je.
Alya tahu.
Faris tahu dia tahu.
Tapi Alya ikut.
Bahu mereka bersentuh.
Faris tak alih.
Dia sengaja biarkan.
Alya cuba fokus baca nota… tapi suara Faris di sisi buat dia hilang tumpuan.
“Alya.”
Nada Faris perlahan, dekat di telinga.
“Hmm?”
“Rambut kau…”
Dia tarik sikit rambut Alya yang jatuh ke depan, dan letakkan ke belakang.
Jari dia singgah di tengkuk Alya —
hangat, lembut, lama.
Alya tak bergerak.
Takut kalau bergerak, dia akan… sesuatu.
“Kau okay?” Faris tanya perlahan.
“Tak.”
Faris ketawa, tapi ketawa yang low — ketawa yang berbahaya.
“Kenapa tak?”
“Aku…” Alya tarik nafas.
“…kau dekat sangat.”
Faris tunduk sedikit, bibir hampir sentuh telinga Alya.
“Memang tu tujuan aku.”
Alya rasa seluruh badan hilang fungsi.
Dan bila Faris sambung:
“Bila kau nervous… kau lagi cantik.”
Alya hampir jatuhkan pen.
Episod 6 — Piggyback & Ciuman Pertama Yang Tak Dirancang
Selepas outing dengan geng, Alya penat.
Sangat penat.
“Kau tak boleh jalan macam ni,” Faris berkata.
“Aku angkat je.”
“Jangan! Aku boleh jalan sendiri—”
Terlambat.
Faris pusingkan badan, dan Alya dah berada atas belakang dia.
Pegangan Faris kuat; tangan di bawah peha Alya buat Alya rasa panas seluruh badan.
“Faris! Kau gila ke—”
“Diam.”
Suara dia seolah bersenyum.
“Kau ringan je.”
Dia bawa Alya sepanjang jalan macam tu.
Alya peluk bahunya… dan bila pipinya jatuh di leher Faris…
Faris berhenti sekejap.
“Alya…”
Suara dia rendah.
“Hm?”
“Jangan buat macam tu.”
“Macam apa?”
“Jangan peluk kuat sangat.”
“Kenapa?”
“……aku susah nak kawal diri.”
Alya terdiam.
Dunia terdiam.
Faris sambung berjalan… tapi langkah dia lain — lebih perlahan, lebih berat… lebih penuh rasa.
Dan bila sampai depan rumah Alya…
dia turunkan Alya perlahan…
muka mereka sangat dekat.
“Alya…”
Dia sentuh pipi Alya.
Alya tak undur.
“Aku dah lama nak buat ni.”
Dan sebelum Alya sempat berfikir…
Faris cium dia.
Bukan ciuman yang rakus.
Bukan ciuman yang cepat.
Tapi ciuman yang perlahan…
dalam…
dan sangat, sangat jujur.
Alya rasa jantungnya hilang.
Faris tarik perlahan.
Dahi bersentuh dahi.
“Alya.”
“Hm?”
“Kalau aku teruskan… aku takkan boleh berhenti.”
Alya tak jawab.
Dia cuma pandang Faris —
dan Faris tahu jawapannya.
Episod 7 — Mesej Misteri & Cemburu Pertama
Alya terima mesej:
“Jaga dia baik-baik.”
Tiada nama.
Tiada apa.
Cuma emoji payung.
Dia tunjuk Faris.
Faris pandang lama.
“Siapa?” Alya tanya.
“Entah.”
Faris ketatkan rahang.
“Ada orang lain jaga kau ke selama ni?”
Alya tersentak.
Itu cemburu namanya.
Dia tahu.
Alya senyum kecil.
“Kau cemburu?”
Faris mendekat, tangan pada pinggang Alya.
“Kalau aku cemburu, kau nak buat apa?”
Alya pandang dia…
dan untuk pertama kali…
dia berani.
Dia tarik hoodie Faris… mendekat.
“Apa kalau aku suka kau cemburu?”
Faris ketawa kecil.
Kemudian dia angkat dagu Alya perlahan.
“Alya… jangan cabar aku.”
Alya senyum.
“Sapa cakap aku cabar?”
Faris tarik pinggang Alya… rapat…
sangat rapat.
“Sebab kau tak tahu…
setiap kali kau buat aku cemburu…”
Dia tunduk di leher Alya.
Bibir hampir menyentuh kulitnya.
“…aku hilang sabar.”
Alya tak boleh nafas.
Episod 8 — Jatuh, Peluk, & Nafas Yang Bertembung
Alya hampir terjatuh di tangga.
Faris sempat sambut —
tangan melilit pinggang Alya.
Bukan sambutan panik.
Sambutan yang… sengaja lama.
“Alya, kau okay?”
Suara dekat.
Hidung Faris kena pipi Alya.
Alya hanya mampu angguk.
Faris tak lepas.
Dia tarik Alya lebih dekat lagi.
“Sikit je lagi kau jatuh,” katanya perlahan.
“Nasib aku sempat tangkap.”
Dia tak lepaskan walau Alya dah stabil.
“Faris… boleh lepas?”
“Boleh.”
Tapi dia tak lepas.
Alya tolak sikit.
“Faris.”
Baru dia lepaskan — tapi tangan dia turun perlahan dari pinggang Alya ke sisi…
seolah-olah dia sengaja nak rasa bentuk tubuh itu sampai saat terakhir.
“Sorry,” katanya sambil senyum kecil.
“Tangan aku degil.”
Alya rasa dia yang jatuh.
Episod 9 — Nota Dalam Phone
Alya nampak catatan Faris:
“Alya — bila dia senyum, aku habis.”
Alya terdiam.
Faris cuba rampas phone, tapi Alya dah pandang dulu.
“Ini apa?”
Faris tak pandang mata Alya.
“Itu… untuk aku je.”
Alya dekatkan muka.
“Kau selalu tulis pasal aku?”
Faris tarik nafas panjang.
“Alya… jangan tanya kalau kau tak bersedia untuk jawapan.”
Alya senyum.
“Jawab je.”
Faris pandang tepat ke mata Alya.
Mata yang lembut tapi jelas penuh keinginan.
“Ya.”
Suaranya rendah.
“Aku selalu tulis pasal kau.
Kadang… tiap malam.”
Alya hilang kata.
Faris sambung… lebih dekat.
“Sebab setiap kali aku cuba lupa kau…”
Dia sentuh bibir Alya perlahan.
“Wajah kau datang balik.”
Alya rasa lutut hilang fungsi lagi.
Episod 10 — Rindu Yang Tak Disangka
Alya cuba buat-buat sibuk hari itu.
Tak mesej Faris.
Tak like story dia.
Dia nak uji sesuatu.
Tapi baru 3 jam…
dia dah rindu.
Malam itu, mesej masuk.
Faris:
“Kau okay? Sunyi bila kau diam.”
Alya tekan hati.
Alya:
“Oh… ada kerja. Lupa mesej.”
Faris typing… lama.
Faris:
“Jangan buat macam tu. Aku cari kau.”
Alya terdiam.
Alya:
“Kau rindu?”
Beberapa saat…
tiada balasan.
Kemudian:
Faris:
“Ya.”
Faris:
“Aku rindu gila.”
Alya jatuh terlentang atas katil.
Dia tutup muka dengan bantal.
Faris hantar satu mesej lagi:
“Kalau kau ada depan aku sekarang… aku takkan duduk jauh.”
Alya rasa dunia hanyut.
Episod 11 — Malam Kilat, Bilik Gelap & Nafas Yang Bersilang
Petir pertama memecah langit.
Alya terjaga — dada laju. Dia memang takut kilat sejak kecil.
Hujan makin lebat, lampu bilik berkelip.
Alya pegang bantal, cuba tarik nafas… tapi tangan menggigil.
Tiba-tiba —
tok tok tok
“Alya?”
Faris.
Alya buka pintu…
dan Faris berdiri di luar, baju hujan separuh basah, rambutnya jatuh ke dahi.
“Aku tahu kau takut,” katanya perlahan.
“Nak aku teman?”
Alya tak mampu jawab.
Dia cuma tarik tangan Faris masuk ke bilik.
Lampu padam separuh.
Petir menyala di tingkap.
Bayang mereka berdua memenuhi dinding.
Faris duduk di sebelah Alya atas katil.
Dia lapkan pipi Alya yang basah—
bukan air hujan.
“Hey… aku ada,” dia bisik.
Alya rapatkan diri tanpa sedar.
Faris peluk — besar, hangat, menenangkan.
Tapi pelukan itu berubah.
Bila petir menyala…
Alya genggam baju Faris kuat.
Faris tunduk, bisik di telinganya, suara serius:
“Tak apa… pegang aku.”
Alya dongak.
Pandangan mereka bertembung —
rapat, senyap, berat.
Faris angkat tangan, ibu jarinya sentuh bibir Alya… perlahan.
“Alya…”
suara dia pecah sedikit.
“Jangan tengok aku macam tu…”
“Macam mana?”
“Macam kau nak aku cium kau.”
Alya tak sempat nafas.
Faris tarik pinggangnya, perlahan…
Bibit hujan di tingkap bergabung dengan degup mereka.
Alya tarik baju Faris, dan Faris kalah.
Dia cium Alya.
Dalam.
Lama.
Penuh nafas dan geram yang dia pendam berminggu.
Hujan terus jatuh.
Tapi bilik itu terasa seperti api.
Episod 12 — Gurauan Yang Hilang Kawal
Esoknya mereka duduk di kafe.
Seolah-olah tak ada apa berlaku.
Tapi Alya rasa setiap inci kulitnya masih ingat sentuhan malam tadi.
Faris main straw, pandang Alya tanpa segan.
“Kau okay?”
Alya tak berani pandang. “Aku… okay.”
Faris tunduk dekat.
“Muka kau tak macam okay.”
Alya gigit bibir — salah langkah.
Sebab Faris terus pandang bibir itu lama.
“Kau tau tak,” Faris sambung.
“Aku tak boleh tidur semalam.”
“Kenapa?”
Dia senyum bahaya.
“Sebab aku terbayang nak sambung apa yang kita berhenti.”
Alya tersedak air sendiri.
Faris ketawa, tunduk rapat di telinga Alya.
“Kalau kau buat macam tu…”
suara dia rendah.
“…kau tak tahu apa jadi dekat kita berdua.”
“Apa jadi?”
Faris senyum, tapi matanya gelap.
“Susah aku nak berenti, Alya.”
Jari dia sentuh lutut Alya di bawah meja —
lembut tapi membuat Alya hilang oksigen.
“Kau nak aku sambung?” Faris tanya perlahan.
Alya telan air liur.
Dia tak jawab.
Faris senyum.
“Diam tu… bahaya tahu?”
Alya tahu.
Dia sangat tahu.
Episod 13 — Cemburu Yang Tak Terkawal
Alya nampak Faris bercakap dengan seorang junior perempuan.
Perempuan itu ketawa…
dan Faris pun ketawa balik.
Dan benda tu… sakit.
Alya tak suka perasaan itu.
Bila Faris datang semula, Alya buat-buat sibuk telefon.
“Alya,” Faris panggil.
“Ya.”
“Kau okay?”
“Okay.”
“Betul?”
“Ya.”
Faris senyum nipis.
Dia tarik kerusi, duduk betul-betul depan Alya.
“Tadi tu… kau marah ke?”
Alya diam.
Faris tunduk… dekat.
“Muka kau cemburu.”
Alya tersentak. “Tak lah!”
Faris ketawa perlahan… suara rendah dan puas.
“Alya… kalau kau cemburu… bagitau.”
“Kenapa pula aku nak bagitau?”
Senyuman Faris berubah.
Lebih perlahan.
Lebih mendalam.
“Sebab aku suka.”
Alya hilang kata.
Faris sambung, suaranya perlahan:
“Aku suka bila kau tunjuk kau sayang aku.”
Alya terdiam — kali ini bukan malu.
Ini… takut kehilangan.
Faris letak tangan atas meja.
Alya tak gerak.
Dia tarik tangan Alya perlahan dan letak di dadanya.
“Kalau aku dengan orang lain buat kau sakit…”
dia bisik.
“…aku takkan buat lagi.”
Alya rasa jantung Faris berdegup laju di bawah tapak tangannya.
Dan untuk pertama kali…
dia percaya Faris bukan main-main.
Episod 14 — Janji Yang Terlambat & Ciuman Yang Tak Dirancang
Alya tunggu.
Faris janji nak datang support acara dia.
Tapi masa berjalan…
kerusi sebelah kosong.
Alya tahan rasa kecewa.
Tapi mata tetap pandang pintu.
Sampai akhirnya…
Faris muncul, bernafas laju, wajah risau.
“Alya—”
Alya bangun.
“Tak apa. Dah habis pun.”
“Aku betul-betul cuba datang—”
“Aku kata tak apa.”
Faris tarik tangan Alya.
“Alya. Tengok aku.”
Alya enggan.
Tapi Faris tarik dagu Alya perlahan.
“Aku tak nak kau rasa aku tak pilih kau.”
Suaranya serak.
Alya tak jawab.
Dia hanya basahkan bibir —
dan Faris kalah lagi sekali.
Dia cium Alya.
Kali ini tak perlahan.
Kali ini penuh rasa takut, rindu, tekanan dan keinginan.
Alya genggam baju Faris kuat.
Faris rapatkan pinggang Alya sampai tiada ruang.
Dan dalam pelukan itu…
Alya tahu — dia tak boleh marah lama.
Episod 15 — Confession Separuh Jalan
Cafe malam itu tenang.
Lampu kuning cair.
Meja kecil.
Suasana seperti sengaja memberi ruang.
Faris pegang tangan Alya.
Bukan main-main.
“Alya.”
“Hm?”
“Aku ada benda nak cakap.”
Alya angkat muka.
Kali ini mata Faris bukan nakal.
Serius.
Panas.
Lembut.
“Setiap kali kau jauh… aku rasa hilang.”
Perkataan itu keluar perlahan.
Alya terdiam.
“Aku cuba salahkan diri sendiri.
Sebab aku yang buat benda jadi rumit.
Tapi…”
Dia tarik nafas.
“Alya… aku takut sebab aku—”
Petir kecil di luar memecah bunyi.
Alya terperanjat kecil.
Faris automatik genggam tangannya lebih kuat.
Dan Faris tak habiskan ayat.
Dia cuma pandang Alya…
lama…
seperti itu saja sudah cukup untuk faham.
Episod 16 — Sunyi Yang Mengajar
Pertengkaran kecil.
Salah faham.
Ego.
Dan kemudian —
dua hari tanpa mesej.
Alya gelisah.
Faris gelisah.
Dua-dua degil.
Malam ketiga…
pintu diketuk kuat.
Alya buka.
Faris berdiri di luar —
baju basah, rambut kusut, wajah cemas.
“Alya…”
Dia tarik Alya masuk ke pelukannya —
kuat, seolah-olah dia takut Alya hilang.
“Aku tak boleh tidur,” dia bisik.
“Dua hari ni… aku rasa macam tak hidup.”
Alya terkedu.
Faris sambung, suaranya pecah:
“Maafkan aku…
Aku… aku sayang kau, Alya.
Gila sayang.”
Alya rasa dunia berhenti.
Dia peluk Faris balik —
erat, seolah-olah akhirnya semua jatuh ke tempat yang betul.
Ciuman mereka malam itu…
perlahan tapi sakit dengan rindu.
Dan bila tangan Faris di pinggang Alya, menariknya rapat…
Alya tahu mereka dah tak akan berpatah balik.
Episod 17 — Stor, Hujan & Bibir Yang Tak Sempat Berhenti
Hujan lebat.
Mereka terperangkap di stor kecil fakulti.
Lampu malap.
Hanya bunyi hujan dan degup.
Alya duduk rapat ke dinding.
Faris duduk betul-betul depan dia — terlalu dekat.
“Sejuk?” Faris tanya.
“Tak.”
“Kau nampak sejuk.”
Alya gelak. “Kau je yang panas.”
Faris angkat kening.
“Kalau aku panas, kau pun panas.”
Alya tak sempat balas.
Faris dah rapatkan badan — lutut bertemu lutut.
Jari dia sentuh tangan Alya…
naik ke lengan…
ke bahu…
berhenti di tengkuk.
“Alya…”
Suara dia buat Alya hilang oksigen.
Alya angkat muka.
Bibir mereka bertemu.
Ciuman itu dalam.
Menghanyutkan.
Bergerak tanpa mereka rancang.
Tangan Faris menyelinap ke belakang baju Alya —
bukan untuk membuka, tapi untuk merasakan lengkung tubuhnya.
Alya tarik kolar Faris, membawa dia lebih dekat…
lebih dalam…
lebih hilang kawalan.
“Faris…” Alya bisik di antara nafas.
“Hm?”
“Jangan berhenti.”
Dan Faris tak berhenti.
Episod 18 — Tarik-Menarik Yang Membakar
Selepas stor…
mereka cuba berpura-pura okay.
Tapi bukan okay.
Setiap kali mereka dekat…
Alya rasa bahang naik ke muka.
Setiap kali Faris dekat…
dia sendiri hilang fokus.
Malam itu, mereka duduk di sofa rumah Faris.
Filem terpasang…
tapi tiada siapa tengok.
Faris tiba-tiba bersuara.
“Alya… aku tak nak tipu.
Aku nak kau.”
Alya senyap.
Jantungnya jatuh.
Faris sambung, lebih perlahan:
“Tapi aku nak betul-betul.
Aku nak kau bukan sekejap.
Aku nak kau lama.”
Alya tergamam.
Dia letak tangannya perlahan di pipi Faris.
“Aku pun…”
Faris tarik Alya ke riba.
Alya tak sempat nafas.
Ciuman mereka kali ini bukan manja.
Bukan ragu.
Ini ciuman dua orang yang dah tahan terlalu lama.
Tangan Faris menyentuh pinggang Alya, naik ke belakang…
Alya peluk leher Faris dan tubuh mereka bersentuhan penuh.
Faris bisik di bibir Alya:
“Kalau aku teruskan…
kau takkan balik malam ni.”
Alya tarik nafas.
Dan dia jawab:
“Aku tak suruh kau berhenti.”
Episod 19 — Pilih Aku, atau Aku Hilang
Malam itu mereka berbual sampai jam 3 pagi.
Tentang masa depan.
Tentang ketakutan.
Tentang “kawan bertukar sesuatu lebih”.
Faris pegang tangan Alya sepanjang malam.
“Alya…”
“Aku takut nanti kau menyesal.”
Alya geleng.
“Kalau aku nak menyesal, aku dah lama buat.”
Faris senyum kecil.
Senyuman lega — sengaja disembunyi, tapi Alya nampak.
Dia tarik Alya ke dadanya.
“Aku kena tanya sekali je.”
“Tanya.”
“Kau nak aku?”
Suara dia hampir berbisik.
Alya angkat muka, dan dengan penuh yakin…
“Aku nak kau.”
Dan Faris tak tunggu sesaat pun.
Dia cium Alya dengan cara yang buat Alya rasa seluruh dunia tengelam dalam pelukan itu.
Episod 20 — Malam Pengakuan — Cinta, Nafas & Dua Jiwa Yang Jatuh Serentak
Hujan turun lagi.
Seolah-olah langit pun tahu hari ini penting.
Alya terperangkap di rumah Faris — elektrik terpadam separuh, bilik hanya diterangi lampu kecil tepi katil.
Faris duduk di depan Alya.
Mereka senyap.
Nafas saja kedengaran.
“Alya,” Faris panggil lembut.
“Hm?”
“Aku nak cakap benda yang aku simpan lama.”
Alya tunggu.
Faris tarik nafas…
dan tangannya menyentuh pipi Alya perlahan.
“Aku cinta kau.”
Suara itu pecah.
Jujur.
Tanpa permainan.
Alya rasa dunia berhenti.
Air mata naik perlahan.
“Aku… aku pun cinta kau.”
Perkataan itu jatuh dari bibir Alya seperti rahsia paling berat akhirnya terlepas.
Faris tarik Alya ke dadanya.
Dia peluk kuat.
Sangat kuat — seolah-olah jika dia lepas, Alya hilang.
Ciuman mereka malam itu…
bukan sekadar ciuman.
Ia pengakuan.
Ia penyerahan.
Ia kompas baru.
Faris cium dahi, pipi, dagu, leher Alya —
perlahan, hormat, tapi penuh keinginan yang dia pendam terlalu lama.
Alya balas, peluk pinggang Faris, tarik dia rapat.
Dua tubuh itu bersentuhan penuh —
tiada jarak, tiada ragu.
Mereka jatuh perlahan ke katil, masih berpelukan.
Faris bisik di bibir Alya:
“Mulai malam ni…
kau bukan kawan aku lagi.”
Alya tersenyum dalam ciuman.
“Aku memang tak nak jadi kawan kau.”
Lampu malap.
Hujan di luar.
Dua jiwa yang akhirnya bertemu tenang.
Malam itu bukan sekadar cinta.
Ia permulaan.
Epilog — Selepas Hujan
Beberapa bulan kemudian…
Mereka masih bergaduh kecil.
Masih gelak.
Masih menggoda.
Tapi kini ada perbezaan:
Alya suka tengok Faris tidur atas ribanya.
Faris suka tarik Alya dekat setiap kali dia marah.
Mereka saling cemburu, saling rindu, saling jaga.
Dan setiap kali hujan turun…
Faris akan tarik Alya ke tingkap dan berbisik:
“Kalau tak kerana hujan hari tu…
aku mungkin masih takut nak hilang kau.”
Alya peluk dia.
“Kalau tak kerana hujan…
aku takkan tahu rasa dicintai macam ni.”
Hujan terus turun.
Dan cinta mereka pun begitu.
Best tak content ni? Rate sikit ⭐
Tekan bintang untuk beri rating!
Purata rating 5 / 5. Rating pembaca untuk content ini 5
Belum ada yang rate lagi. Nak jadi orang pertama? 💖

Web designer & penulis cerpen romantik.
Soft possessive • Slow burn
Cerita untuk dibaca sebelum tidur.
IG: @zackharez